Sunday, March 31, 2013

SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA!

Assalamualaikum Sahabat Smua...

Diz week sy nk citer psl perang drama2 novel nie..giler la smpai kena bc berulang kali...smua gara2 novel yg best yg telah d drama kn tuk tontonan smua termasuk sy...hehehehehe...pelakon2 nya pn cute2 jer... 1st time tgk IZZUE ISLAM berlakon tercari2 gak dia nie artis br ker...rupa2 nya slh sorg ahli group FOURTEEN...sori ye bro lain benar rupanya.. tuk TIZZ ZAQIAH sy mmg suka tgk dia berlakon..paling sy suka kalu d beri watak yg bersahaja n santai..caya la tizz...
apa pn kt sini nk kongsi skit sinopsis citer nie...:

CINTA PERTAMA tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?





p/s : x sabar nk tggu smbungan citer nie...c u guys on friday night.....byeee...  

Friday, March 22, 2013

CINTA KAU DAN AKU

Assalamualaikum sahabatku semua....

Dh lama x update kt sini..terlalu bz sgt (wahh...xnk kalah k...hehehehe) xder la cm2 hal yg harus d dahulukan n d kerjakan...tp ari nie free skit sementara tggu adik2 ku kt sini nk praktis flashmob...guna la kesempatan yg ada nie...

1st nk kongsi tentang citer kt sebuah novel yg telah d dramakan ngan gandingan yg best sgt2.. (aduyai ayat-ayat ku...) CINTA KAU DAN AKU...aduhhhh...mmg best makin lama makin best..walaupn dh bc berulang kali smpai dh leh hafal la apa yg akan terjadi...tp aku tetap gak nk tgk drama dia...

        

 Gabungan pelakon2 yg best seperti Sara Ali & Fizz Fairuzz serta yg lainnya mmg menyentuk perasaan.. terbaek la korg...apa pn x sabar nk tggu episod 9 mlm nie...Farisya bertemu kembali dgn Farish... oooo...x d lupakan Dynaz membw watak Suraya mmg best sbb berjaya membuat kami yg menonton nie geram sepanjang babak Suraya....

Lirik Lagu OST CINTA KAU DAN AKU 

Bunga-bunga yang bertaburan
Alam ibarat meraihkan
Luhurnya satu percintaan
Bagaikan telah ditakdirkan

Namun cinta kau dan cinta ku
Banyak halangan datang bertamu
Mampukah ditempuh satu persatu
Terdayakah menahan onak beribu

[*] Hatiku semakin terluka
Bila setiaku kau permainkan
Mengapa harus sengsara
Bila cinta dalam genggaman

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang
Untukku

Tiap cinta ada cerita
Penuh onak ranjau yang berliku
Ku tabah ku harungi jua
Dugaan cinta kau dan aku

Repeat [*]
Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Kembalikan dia… kepadaku

Kepadaku